Kelas ‘Animated Gif Using Ppt’

24 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2020 - Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint animated GIF using PPT. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara menggunakan fungsi-fungsi animasi dalam persembahan slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint kepada para pelajar sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Microsoft PowerPoint, kemudian membuat bentuk menjadi bulatan menggunakan fungsi shape dangan format-format yang pelbagai disediakan Microsoft PowerPoint seterusnya memasukan animasi yang sesuai dan disimpan sebagai video untuk menjadikannya animasi GIF.

Seterusnya memperkenalkan laman web yang membolehkan pelajar menukarkan bentuk video yang disimpan menjadi animasi GIF, laman web tersebut ialah www.ezgif.com. Pelajar seterusnya diminta untuk mengunakan kreativiti sendiri dengan bentuk yang ke bentuk animasi GIF.

Selepas kelas pelajar di uji dengan soalan asas keselamatan semasa melayari internet dan soalan berdasarkan kemerdekaan Malaysia sempena bulan ogos adalah bulan kemerdekaan, dengan menggunakan website www.kahoot.com. Seramai 3 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang dan kelas bersambung semula pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas